Vios atau City manakah lebih berbaloi untuk dimiliki - Rodahonda | Media Informasi Dunia Automotif

Vios atau City manakah lebih berbaloi untuk dimiliki

Vios atau City


Segelintir pendapat mengatakan memandu kenderaan jenis sedan adalah mudah dan senang untuk dikendalikan dan merasakan kenderaan sedan adalah pemanduan sebenar bagi kenderaan yang beroda empat. Pada kali ini kita akan membuat perbandingan bagi dua model kereta sedan popular di negara kita pada ketegori kenderaan segmen B iaitu diantara Toyota Vios dan Honda City, kedua duanya adalah perbandingan bagi facelift 2019. Bagi anda yang sedang mencari kenderaan jenis sedan, ini adalah informasi yang sangat berguna kepada anda bagi membantu anda dalam membuat pilihan.

Toyota Vios vs Honda City
Honda City atau Toyota Vios

Diantara Vios atau City yang manakah lebih berbaloi untuk anda miliki dan memudahkan anda untuk membuat pilihan. Pada kali ini kita mengulas tentang dua model ini secara lengkap dan ringkas berkenaan spesifikasi dan harga bagi tahun 2019.

New Toyota Vios 2019


Pertama sekali kita akan membincangkan mengenai Toyota Vios terlebih dahulu. Model ini sudah lama bertapak dipasaran automotif negara kita dengan Vios telah melancarkan generasi pertamanya pada 2002 sehinggalah sekarang dimana generasi yang akan kita bahas adalah generasi yang ketiga. Perkembangan model ini di dalam market dan jualan umumnya di Asia Tengara sangat positif, sehingga pelancaran bagi generasi seterusnya mampu memberikan persaingan yang sihat kepada pesaing pesaingnya dalam kategori kereta segmen B khasnya Honda City.

Di Malaysia Vios sangat dikenali dengan kereta yang mempunyai tahap keselesaan yang cukup baik disamping sangat menjimatkan dalam penggunaan petrol atau bahan api dengan menggunakan Dual VVTI teknologi kebanggaan Toyota. Jadi apakah kelebihan Vios, mari kita lihat di dalam beberapa bahagian di bawah :

Pada generasi ketiga ini, rupa reka bentuk Vios tampak lebih sporty dan agresif, ianya lebih segar dengan beberapa perubahan ketara di lakukan pada bahagian exterior. Jika dilihat dari bahagian hadapan pula, pada lampu utama terlihat lebih elegan dengan menggunakan lampu berteknologi projektor sekali pandang mirip seperti Toyota Altis. Bumper hadapan pula kelihatan garang apabila hahagian ini dibuat seperti gril atau garis-garis hitam besar yang menutupi keseluruhan bahangian ruang bumper meyerlahkan lagi nilai-nilai sporty yang cuba diterapkan. Di samping itu, terdapat juga lampu DRL LED di kedua dua sisi bumper seakan akan adalah satu kemestian yang perlu ada pada setiap kereta pada masa kini.

Dari sudut belakang vios, rupa reka bentuknya juga telah diubah secara total bagi menambahkan hembusan segar baharu pada generasi kali ini. Lampu belakang dilengkapi dengan kombinasi teknologi LED lamp bagi menambahkan lagi ciri-ciri elegan pada Vios terus dikekalkan, juga terdapat reflektor di bahagian bawah yang terhubung dengan bumper belakang. Secara keseluruhannya pada sudut tampilan luar kenderaan ini, Toyota lebih targetkan pasaran mereka kepada golongan muda lingkungan umur 20-40 tahun yang dahagakan pembaharuan rupa reka bentuk sporty dan elegan bagi generasi ketiga ini.

Kita terus sahaja ke sudut dalam kereta atau interior yang dilihat sangat selesa dan segar dengan kesemua tempat duduk hadir dengan fabrik berwarna hitam keseluruhanya tampak lebih kemas. Pada bahagian dashboard juga bewarna hitam disamping ada beberapa kemasan krom pada setiap sisi corong ruang udara penghawa dingin dan juga di sekeliling head unit. Ciri-ciri lain yang terdapat pada Vios terbaharu ini adalah head unitnya iaitu bahagian infortaiment pula dilengkapi dengan 6.8" inci layar sesentuh, USB mirroring bagi menghubungkannya dengan smartphone anda, Tuner, HDMI, MP3, Voice Dial, AUX- Jack, Bluetooth®, kamera pandang belakang dan juga Panoramic View 360 Monitor. Perlu diketahui yang ciri-ciri ini hanya hadir pada model E dan G manakala model J hanya didatangkan dengan pemain CD dengan tuner, MP3, AUX-Jack, USB dan Bluetooth®. Penghawa dingin juga sudah menggunakan fungsi digital dengan tetapan yang cukup bagi menambah ciri mewah dan tentunya terlihat gaya elegan kepada kereta ini.

Bagaimana dengan ciri-ciri keselamatannya pula? Toyota New Vios mempunyai 7 beg udara SRS. Di samping itu, terdapat juga Hill-start Assist Control (HAC), vsc, abs, ebd dan brake asist. Jangan lupa, kereta ini juga telah dianugerahkan Sijil ASEAN NCAP bintang 5. Jadi,ini pastinya akan lebih menambah keyakinan anda pada ciri-ciri keselamatan yang ada di Toyota New Vios. Kereta 5 penumpang ini mempunyai dimensi 4,425 mm panjang, lebar 1,730 mm dan ketinggian 1,500 mm.

Secara ringkas pada bahagian rodanya, Vios 2019 didatangkan dengan rim aloi 15 inci pada model E dan J, manakala 16 inci pada model tertingginya iaitu G yang mempunyai dua tone kombinasi warna perak dan hitam.
       
Beralih ke bahagian enjin, Toyota New Vios menggunakan enjin 1,500 cc, 4 silinder, 16 injap, DOHC, Dual VVT-i. Enjin ini mampu bergerak dengan kuasa sehingga 104 hp dengan tork maksimum 14.3 kgm pada 4,200 rpm. Kuasa disalurkan menerusi transmisi automatik 7-kelajuan. Toyota Malaysia menawarkan Vios Baru dalam 3 varian. Bermula dari jenis J auto, E auto , dan G auto . Mengenai harga, Vios 2019 dijual pada tanda harga tanpa insuran dan cukai jalan serendah RM77,200.00 VIOS 1.5J (AT), RM81,200.00 VIOS 1.5E (AT) dan RM87,300.00 VIOS 1.5G (AT).

Sebelum mengulas berkenaan Honda City 2019, untuk pengetahuan anda pada bulan July 2019 jualan Honda City 2019 jauh mengatasi pesaingnya iaitu Toyota Vios 2019 dengan 2,497 unit untuk Honda dan 1,507 unit untuk Toyota. Jurang yang besar bukan? jom kita lihat apa yang menariknya honda city 2019 ini?

New Honda City 2019


Design adalah antara sebab utama jualannya yang begitu melonjak selain dari harga jika dibandingkan dengan kompetitornya dari Toyota iaitu vios. Dimensi kereta ini mempunyai panjang 4.442 mm, lebar 1,694 mm dan ketinggian 1,477 mm. Apabila membandingkan dengan New Vios, Jika dilihat perbandingan pada sudut exterior atau sudut luaran kedua dua model ini, Honda City kelihatan lebih mewah dan elegan berbanding lawannya Toyota Vios 2019.

Sudut padangan dari hadapan Honda City dilihat menggambarkan kesan mewah yang sangat menonjol. Malangnya, kereta ini tidak menggunakan teknologi lampu projektor seperti New Vios. Honda City masih menggunakan lampu LED biasa dan DRL sebagai pelengkap.

Bahagian hadapan Honda City menggunakan gril dengan konsep reka bentuk sharp front grille design. Gril yang digunakan menggunakan stail sarang lebah dan ditaburi dengan kemasan krom di bahagian bawah dan atas. Dia juga mempunyai lampu kabus atau fog lamp sebagai pencahayaan tambahan pada waktu malam dan hujan. Bahagian belakang Honda City kelihatan lebih baik daripada New Vios. Ia kelihatan lebih menarik dan sedap mata memandang. Tetapi, kembali kepada citarasa masing-masing.

Ruang dalam kabin Honda City menggunakan keseluruhan warna hitam di semua bahagian dari tempat duduk panel pintu sehingga ke bahangian dashboard. Papan pemuka, tempat duduk, stereng menggunakan warna hitam sepenuhnya. Terdapat juga beberapa kemasan krom yang diselitkan, seperti pada tombol gear, door handle pada panel pintu sisi dalam dan stereng. Sekiranya anda menilai dari segi reka tampilan ruang dalam, interior City kelihatan agak mewah untuk sebuah kenderaan jenis sedan.

Pada ciri-ciri teknologi infotainment system Honda City 2019 terlihat sedikit kebelakang dari Vios. Honda juga membekalkan layar sesentuh 6.8" inci, HDMI port, Usb port, Hands-Free Telephone (HFT), Aux Jack dan empat sehingga lapan speaker mengikut varian. Panoramic View 360 Monitor adalah fungsi sistem yang ada pada Vios dan tidak ada pada City, ianya adalah satu kekurangan yang kecil jika kita melihat pada tanda harga kedua dua jenama ini.

Ruang bagasi di belakang adalah salah satu perkara utama penyebab pembeli lebih tertarik untuk memilih City berbanding pesaingnya. City mampu memuatkan sehingga kapasiti 536 liter yang begitu luas dan besar. Ruang ini dikelaskan sebagai besar dan boleh memuatkan 3 beg besar. Mengenai enjin, Honda City menggunakan enjin sebesar 1,500 cc dengan 4 silinder, SOHC, DBW, i-VTEC. Enjin ini mampu memacu kereta ini dengan kuasa sehingga 118 hp dengan tork maksimum 145 Nm. Kuasa disalurkan menerusi transmisi CVT 7 kelajuan. 

Sekiranya anda melihat prestasi enjin dan tenaga yang dijana, Honda City boleh mendabik dada dengan kelebihan yang mereka miliki. Tork yang dijana oleh kenderaan juga lebih besar jika dibandingkan dengan Toyota New Vios. Kemudian, dari tahap ciri keselamatan pula City dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri keselamatan seperti VSA, HSA, ABS, isofix & tether, G-Con, dan enam beg udara SRS hanya dibekalkan pada varian V sahaja, S dan E hanya dibekalkan dual airbag SRS. Pada tahap keselamatan Honda City telah dikalahkan jika anda melihat apa yang ditawarkan Vios pada tahap ini. Kerana Vios dilengkapi dengan 7 beg udara manakala hanya 6 pada City keduanya hanya dilengkapkan pada model tertinggi masing-masing.

Harga, Honda City menawarkan empat varian pilihan pada harga tanpa insuran dan cukai jalan iaitu RM73,496.00 Honda City 1.5L S, RM79,615.00 Honda City 1.5L E dan RM86,643.00 Honda City 1.5L V. (Honda City juga menawarkan model Hybrid pada harga RM91,832.00 tanpa insuran dan cukai jalan)

Sekian sahaja ulasan tentang perbandingan diantara New Toyota Vios 2019 dan New Honda City 2019, semoga perbahasan diatas dapat membantu anda didalam dilema membuat pilihan yang tepat.     

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel