Honda Wave 125i 2020 harga dan spesifikasi Malaysia - Rodahonda | Media Informasi Dunia Automotif

Honda Wave 125i 2020 harga dan spesifikasi Malaysia

Honda Wave 125i 2020


Honda Wave 125i 2020 harga dan spesifikasi Malaysia - Motosikal kapcai Honda edaran dari Boon Siew Honda Sdn Bhd bagi pasaran di Malaysia telah diperkenalkan secara rasminya, model Wave 125i facelift terbaru sejak hujung tahun 2018.

Honda-Wave-125-2020-Malaysia
Honda Wave 125i

Honda Wave 125 datang dengan rekaan baharu dan berwajah lebih segar dibandingkan dari model sebelumnya. Model terbaru ini dilengkapi lampu hadapan berteknologi LED adalah yang pertama dari siri Wave sejak ia dilancarkan. Kekal diperkasakan oleh enjin 125cc menggunakan sistem jenis suntikan PGM-FI lebih responsif selain dapat menjimatkan penggunaan bahan api.

Selain ringkasan perkenalan Honda Wave 2020 diatas kita akan melihat beberapa ciri-ciri fungsi terbaru dari model kapcai mampu milik ini:

Ditawarkan tiga warna pilihan menarik iaitu:

TIGA-WARNA-PILIHAN-WAVE-125
Tiga pilihan warna menarik


  • PEARL MAGELLANIC BLACK WITH CANDY SCINTILLATE RED (Merah-Hitam)
  • PEARL MAGELLANIC BLACK WITH PEARL NIGHTFALL BLUE (Biru-Hitam)
  • FORCE SILVER METALLIC (Perak)

LAMPU-UTAMA-LED-WAVE-125
Lampu utama LED


  • LAMPU UTAMA LED & LAMPU SIGNAL REKAAN BAHARU - Menggunakan lampu utama teknologi LED, memberikan pencahayaan yang cukup terang selain terlihat lebih kemas apabila lampu signal rekaan terbaru ini tercantum dengan bodi.


LAMPU-SIGNAL-WAVE-125
Lampu signal


  • PANEL METER - Rekaan panel meter baharu yang menarik selain sebagai paparan informasi untuk penunggang mengetahui had laju, jumlah bahan api dalam tangki dan jumlah batuan/kilometer ianya juga terlihat premium dengan kombinasi warna yang ditonjolkan.


PANEL-METER-WAVE-125
Panel  meter


  • RUANG SIMPANAN TOPI KELEDAR DIBAWAH TEMPAT DUDUK - Tersedia ruang simpanan helmet atau barang-barang peribadi sebesar 18 liter. Sesuai digunakan untuk menyimpan topi keledar dan baju hujan.


RUANG-SIMPANAN-TOPI-KELEDAR-WAVE-125
Ruang simpanan topi keledar


  • STRIP PELEKAT BODI DENGAN GRAFIK BAHARU - Beserta logo 3D lebih terkini dan moden.


STICKER-PELEKAT-BODI-GRAFIK-BAHARU-WAVE-125
Sticker bodi 3D


  • TANGKI MINYAK - Ruang tangki minyak sebesar 5.4 liter, bersesuaian dengan motosikal bagi kegunaan harian.


TANGKI-MINYAK-WAVE-125
Tangki petrol


  • LAMPU BELAKANG - Diperbaharui dengan rekaan lebih dinamik bagi memastikan model ini mengikuti permintaan dan trend rekabentuk semasa.


LAMPU-BELAKANG-WAVE-125
Lampu Belakang


  • HARGA HONDA WAVE 125i 



  • Wave 125i (brek depan cakera hidraulik/belakang mekanikal dram) -RM5,999 
  • Wave 125i (brek depan dan belakang cakera) - RM6,299

Brosur informasi lengkap Honda Wave 125i 2020 Dibawah:-

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel