Yamaha Xmax 250 2020 Malaysia skuter premium berharga RM21,500 - Rodahonda | Media Informasi Dunia Automotif

Yamaha Xmax 250 2020 Malaysia skuter premium berharga RM21,500

Yamaha Xmax 250 2020


Yamaha-Xmax-250-2020-Malaysia
DNA siri Max

Yamaha Xmax 250 2020 Malaysia skuter berharga RM21,500 - Jika berbicara tentang motorsikal automatik maxi, pastinya kita tidak akan terlepas untuk mengaitkan dengan model skuter elegan yang satu ini iaitu Yamaha Xmax 2020. Membawakan rekabentuk khas seakan skuter eropah, tentunya akan menambat hati bakal pemilik atau pembeli yang inginkan konsep mewah pada jentera mereka. Mula diperkenalkan dipasaran tempatan pada 2018, Yamaha X-Max 250 dikategorikan skuter sederhana mewah. Biarpun ditawarkan pada harga agak tinggi, namun skuter ini datang dengan ciri-ciri fungsi canggih dan terkini akan membuatkan bakal pembeli berasa berbaloi dengan jumlah wang yang dikeluarkan untuk memiliki skuter ini. 

Yamaha-Xmax-250-Body
Bentuk elegan mewah

Di awal tahun 2020 ini, menyaksikan skuter X-max 250 mempunyai tawaran pilihan warna baharu apabila telah diperkenalkan oleh Hong Leong Yamaha Sdn Bhd selaku pengedar rasmi produk automotif janama Yamaha di Malaysia. Antara warna baharu yang ditawarkan adalah:

Yamaha-Xmax-250-Warna
3 warna pilihan baharu



  • Silver Matt
  • Blue Matt
  • Grey Matt


Ringkasan berkenaan Xmax 2020 bagi pasaran Malaysia. Selain kelihatan mewah dan elegan, motosikal ini memberikan keselesaan maksimum apabila ditunggang di dalam mahupun diluar bandar. Masih mengekalkan enjin dari model sebelumnya, Xmax  2020 diperkasakan dengan jantung besi bawaan teknologi Blue Core berkapasiti 250cc, empat lejang SOCH, empat injap dipadankan transmisi CVT dapat mencapai kuasa sehingga 22.5Hp pada 7,000Rpm dan tork puncak mencecah 24.3Nm/5,500Rpm. Ciri utama pada enjin jentera ini ialah mempunyai Crankshaft teguh dan kuat menjadikan X-max 250 skuter pertama seumpamanya di kelas 250cc mempunyai kelebihan ini. Tidak hanya itu, motosikal ini di diperakui sangat mesra alam beserta kelulusan apabila melepasi tahap piawaian dari EU4 bagi kenderaan mesra alam.

Yamaha-Xmax-250-Enjin
Enjin blue core 250cc

Beberapa ciri-ciri dan fungsi Xmax 250 yang dibekalkan sangat moden, antaranya:

Yamaha-Xmax-250-Smart-Key
Kunci pintar

  • SISTEM KUNCI PINTAR - Memberikan kemudahan ketika enjin ingin dihidupkan atau dimatikan, membuka tempat duduk dan mengakses bukaan tangki petrol juga tempat penyimpanan. Kesemua kegiatan ini boleh dilakukan tanpa menggunakan kunci fizikal selagi smart key berada berhampiran dengan motosikal. 

Yamaha-Xmax-250-LED-DRL
LED & DRL


  • LAMPU LED DENGAN CAHAYA DI SIANG HARI (DRL) - Fungsi paling menonjol terdapat pada X-max 250 ini adalah Day Running Light, selain dikategorikan sebagai fungsi keselamatan DRL juga membuatkan motosikal terlihat lebih mewah, moden dan bergaya. Sepasang lampu LED utama juga tidak kurang hebatnya, ketika diaktifkan kelihatan sangat terang bercahaya.

Yamaha-Xmax-250-Charge-Soket
Socket Charge 12V


  • KUASA ”OUTPUT” 12V - Dilengkapkan dengan soket 12V terletak di panel hadapan, penunggang boleh mengecas peranti atau telefon pintar ketika menunggang. Fungsi ini sangat praktikal bagi sesebuah kenderaan di zaman berteknologi.

Yamaha-Xmax-250-ABS
ABS & TCS

  • SISTEM BREK ANTI-KUNCI (ABS) & SISTEM KAWALAN DAYA TARIK (TCS) - Ciri keselamatan penting adalah lainnya didatangkan buat X-max 250 ialah brek Anti-lock braking system dan Traction Control System. Kedua fungsi ini dapat mengurangkan risiko terhadap kemalangan, memberikan keyakinan kawalan kepada penunggang ketika membrek secara tiba-tiba agar motosikal tidak tergelincir terutama di jalan yang licin atau dalam cuaca hujan.   

Ciri-ciri standard lain ialah:

Yamaha-Xmax-250-Seat
Ruang simpanan besar

  • RUANG PENYIMPANAN BAWAH TEMPAT DUDUK LEBIH BESAR - Boleh memuatkan dua topi keledar bersaiz penuh dan banyak lagi.

Yamaha-Xmax-250-Meter
Meter LCD 

  • PANEL INSTRUMEN LCD PENUH

Yamaha-Xmax-250-Windshield
Visor pelindung angin

  • TEMPAT PENGHADANG ANGIN DAN BAR PEMEGANG BOLEH LARAS   

Berapakah harga Xmax 250 Malaysia?

X-max 250 dijual pada harga RM21,500 (tanpa cukai jalan dan insuran).

Informasi lengkap lampiran brosur dari Hong Leong Yamaha dibawah:-

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel