Yamaha R25 2020 Malaysia dilancarkan pada harga RM19,998 - Rodahonda | Media Informasi Dunia Automotif

Yamaha R25 2020 Malaysia dilancarkan pada harga RM19,998

Yamaha R25 2020


Yamaha-R25-2020-Malaysia
Inspirasi MotoGP

Yamaha R25 2020 Malaysia dilancarkan pada harga RM19,998 - Hong Leong Yamaha, pengedar utama motosikal jenama Yamaha di Malaysia telah melancarkan YZF-R25 dengan menawarkan dua pilihan warna baharu iaitu Matt Silver dan Matt Blue. Selain itu turut terdapat juga perubahan kepada corak grafik bodi (strip pelekat).

Yamaha-R25-warna
Dua pilihan warna

Yamaha dari siri R ini mula diperkenalkan kepada pasaran automotif motosikal sekitar tahun 2014, menjadi kegilaan golongan muda lingkungan umur 20an sehingga 30an. Yamaha seringkali hadir dengan rekaan pelekat bodi yang menarik buat motosikal-motosikal keluaran mereka, tidak kurang dengan corak tampilan stiker yang lebih kelihatan sporty pada YZFR25 2020 kali ini.

Yamaha-R25-Lampu-LED
Lampu dual LED

Dari sudut paparan bodi, YZF-R25 2020 masih lagi menggunakan rekabentuk model sebelumnya tetapi terdapat sedikit kemaskini agar jentera ini terlihat seakan akan Yamaha YZR-M1 versi MotoGP. Sedikit sentuhan ikutan aliran DNA dari siri R serta berinspirasikan model YZF-R1, Yamaha R-25 terbaru ini kelihatan lebih agresif disamping memberikan keyakinan kepada penunggang setiap kali meluncur di atas jalan-jalan raya. Motosikal ini didatangkan beberapa ciri-ciri baharu istimewa seperti:

Yamaha-R25-Suis
Butang cut off/on

SUIS UTAMA 3 DALAM 1 - Terdapat butang besar bertindak sebagai penghidup enjin bersama fungsi ‘cut off/on’ 3 dalam 1.

Yamaha R25 Meter
Panel meter LCD

INSTRUMENT PELBAGAI FUNGSI YANG DIKEMAS KINI - Panel paparan LCD multifungsi padat dengan pelbagai maklumat dan informasi seperti memaparkan kedudukan gear, baki bahan api, tahap penggunaan petrol, suhu penyejuk cecair, masa dan trip penukaran minyak enjin berkala.

Yamaha-R25-fork
Fork hadapan

FORK DEPAN TERBALIK SERBA BAHARU - Demi memberikan keselesaan yang maksimum, fungsi spring boleh laras dan juga perendam dapat memberikan pilihan kepada penunggang untuk mengatur tahap kekuatan atau keutuhan penyerap hentak (fork) depan selain memperoleh kestabilan ketika menunggang.

Masih mengekalkan sumber janaan kuasa dari model sebelumnya iaitu enjin dua silinder 249cc, DOHC penyejuk cecair dan dipadankan kotak gear enam kelajuan, YZF-R25 2020 mampu menghasilkan 35.5Hp pada 12,000Rpm, tork 22.6Nm/10,000Rpm.

Harga bagi Yamaha R 25 2020 ditawarkan pada RM19,998 (tidak termasuk insuran dan cukai jalan).

Dibawah tersedia lampiran brosur YZF-R25 untuk rujukan secara terperinci dan detail.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel