NVX 2020 skuter Yamaha dengan tiga pilihan warna baharu - Rodahonda | Media Informasi Dunia Automotif

NVX 2020 skuter Yamaha dengan tiga pilihan warna baharu

Yamaha NVX 2020


Yamaha-NVX-155-2020
Skuter NVX 155

NVX 2020 skuter Yamaha dengan tiga pilihan warna baharu - Melangkah ke tahun baharu adalah masa tepat dan sesuai bagi syarikat-syarikat pengeluar produk automotif untuk memperkenalkan atau melancarkan model terbaru mereka, baik beroda empat mahupun roda dua. Memberi nafas baharu kepada versi atau varian sedia ada sering kali dilakukan pada setiap awal tahun, kebiasaannya atas tujuan utama adalah demi memberi suntikan daya saing didalam pasaran (strategi marketing) terhadap produk disamping mengikuti trend semasa juga seiring perkembangan teknologi.

Menukar rupa wajah baharu (facelift) ataupun menambah warna pilihan baru ialah langkah biasa yang selalu dilakukan pengeluar-pengeluar kenderaan sama ada diluar negara mahupun lokal.

Salah satunya ialah datang jenama unggul asal Jepun iaitu Yamaha. Di awal tahun 2020 ini pihak Hong Leong Yamaha sebagai pengedar rasmi jenama yang begitu sinonim bagi kenderaan jenis motosikal di Malaysia ini telah memperkenalkan tiga pilihan warna terbaru bagi model skuter popular di Malaysia iaitu Yamaha NVX. Tiga warna baharu yang diperkenalkan adalah:

Yamaha-NVX-2020-Merah-Biru-Kuning
Tiga pilihan warna 


  • Merah
  • Kuning 
  • Biru


Mengulas sedikit berkenaan spesifikasi Yamaha NVX, skuter ini masih kekal dijana oleh enjin bawaan teknologi Blue Core 155cc beserta penyejuk cecair, empat lejang dengan Variable Valve Actuation (VVA) silinder tunggal dapat menghasilkan sehingga 14.8Hp pada 8,000Rpm dan 13.8Nm/6,250Rpm dipadankan pula transmisi automatik V-Belt.

Beralih kepada sudut rupa design biarpun tiada perubahan dilakukan pada rekabentuk skuter NVX 2020 ini, tetapi admin percaya ramai dikalangan peminat motosikal skuter merasakan bahawa bentuk wajah NVX sedia ada masih lagi relevan di alaf 2020 ini.

Beberapa ciri-ciri fitur lainnya juga tiada perubahan, kelengkapan standard yang ditawarkan untuk bakal pemilik NVX 2020 adalah seperti berikut:

  • Panel meter LCD
  • Ruang penyimpanan beserta soket pengecas elektrik
  • Lampu depan dan belakang LED
  • Brek hadapan ABS
  • Kunci pintar (keyless/Immobilizer)        

Harga

Skuter NVX 2020 boleh didapati pada tanda harga RM10,088 (harga tanpa insuran)

Bagi informasi lanjut, lebih detail dan terperinci sila rujuk brosur Yamaha lampiran di bawah.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel