Honda Accord 2020 pasaran Malaysia generasi ke-10 - Rodahonda | Media Informasi Dunia Automotif

Honda Accord 2020 pasaran Malaysia generasi ke-10

Honda Accord 2020


Honda-Accord-2020-pasaran-Malaysia-generasi-ke-10
Honda Accord generasi  ke-10


Honda Accord 2020 pasaran Malaysia generasi ke-10 - Sebelumnya model kenderaan mewah segmen D ini terlebih dahulu telah diperkenalkan di acara GIIAS 2019 yang berlansung di Jakarta indonesia.

All New Honda Accord kali ini datang dengan rupa reka bentuk design baharu secara total dan terlihat memiliki dimensi bodi lebih besar, sporty dan mewah. Selain itu prestasi kuasa juga telah mengalami perubahan besar apabila dipadankan enjin 1.5 liter VTEC Turbo beserta teknologi keselamatan Honda Sensing.

Secara ringkasnya, teknologi Honda Sensing memberikan fungsi sebagai pembantu pemandu ketika kenderaan mengalami keadaan risiko kemalangan. Ciri-ciri kahs Honda Sensing adalah sepereti berikut:


  • Amaran Ketibaan Lorong (LDW)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Pengurangan ketibaan Jalan (RDW)
  • Sistem Brek Pengurangan Pelanggaran (CMBS)
  • Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW)
  • Kawalan Kelajuan Adaptif (ACC)
  • Low Speed Follow (LSF)



Sebagai informasi, Model Accord telah bertapak di pasaran automotif global sejak tahun 1976 dan terjual sekitar 22 juta unit di 150 buah negara seluruh dunia. Di Malaysia sahaja penjualannya sangat membanggakan pihak Honda apabila terjual lebih dari 84,000 unit sejak ia pertama kali dilancarkan pada 2001.

Mengulas berkenaan kuasa prestasi, menariknya bagi pasaran Malaysia Honda dalam kenyataannya memberitahu bahawa enjin turbocharged dibekalkan pada jentera ini dapat menghasilkan 201Ps dan 260Nm padanan transimisi CVT. Jika dilihat jumlah tork, Accord 2020 pasaran tempatan ini lebih tinggi iaitu jurang 11Ps dan 17Nm, berbanding model sama dibawa masuk bagi pasaran Thailand dan Indonesia hanyalah 190Ps pada 5500Rpm dan 243Nm-1500 sehingga 5500Rpm (talaan sama seperti CRV turbo).

Honda-Accord-2020-pasaran-Harga-Malaysia-generasi-ke-10
Honda Accord 


Melihat dari rupa wajah design, Honda Accord 2020 menekankan bentuk yang dinamik. Rekaan lampu utama depan dan belakang menonjolkan konsep sporty kerana ia nampak sedikit tirus dan tajam. Bumbung kereta ini juga di letakkan lebih rendah disamping bodi lebar terlihat padat selain dapat memberi kestabilan ketika memandu dalam kelajuaan tinggi.         

Dari sudut keselamatan selain ciri istimewa Honda Sensing, Honda Accord 2020 didatangkan dengan beberapa ciri standard berikut:


  • Enam beg udara
  • Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Bantuan Daki Bukit (HSA)
  • Sensor parkir depan dan belakang serta Kamera Pandang Belakang Multisudut (MARC)


Harga Honda Accord 2020


Merujuk dari Honda Thailand dan Indonesia terdahulu memasarkan model Accord 2020 ini dapat disimpulkan harga yang bakal masuk ke pasaran Malaysia dianggarkan sekitar


  • Thailand Bath 1.5 juta  (RM190,000
  • Indonesia Rupiah 700 juta (RM200,000
*harga diatas adalah jangkaan dari pihak admin atas sumber rujukan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel