Honda RS150 atau Yamaha Y15 perbandingan RS150 vs Y15 YSuku - Rodahonda | Media Informasi Dunia Automotif

Honda RS150 atau Yamaha Y15 perbandingan RS150 vs Y15 YSuku

Honda RS150 atau Yamaha Y15


Honda RS vs Yamaha Ysuku
Honda RS150 atau Yamaha Y15

Pasaran motorsikal kapcai 150cc memang tidak banyak dipenuhi oleh industri motosikal Malaysia. Di negara ini, pengeluar motosikal yang memasarkan produk motosikal 150cc adalah dari jenama terunggul iaitu Honda dan Yamaha. Honda datang bersama jentera handalan mereka RS150 manakala pesaingnya Yamaha mempunyai Y15. Di Malaysia umumnya dikalangan anak muda yang meminati dunia permotoran mengenali Yamaha Y150 dengan paggilan Ysuku .Maka apakah perbezaan, kelebihan dan kekurangan antara keduanya? Berikut adalah perbandingan Honda RS150 atau Yamaha Y15 Spesifikasi dan Harga Malaysia.

Ini juga adalah informasi perbandingan diantara dua raja kapcai kegemaran peminat motosikal di Malaysia, Kepada anda yang sedang di dalam dilema samada ingin memilih RS150 Vs YSuku di bawah adalah perbahasan secara ringkas berkenaan topik di atas:

Reka bentuk


Berkenaan rupa reka bentuk, kedua-duanya tidak terlalu banyak boleh dibahaskan. Kerana antara Honda RS150 dan Yamaha Y15 mempunyai rupa reka bentuk tidak jauh berbeza. Walaupun secara mata kasar yamaha Y15 terlihat sedikit rendah berbanding honda RS150. Seperti motosikal sport kapcai, kedua-dua motor ini mempunyai garis-garis bentuk aerodinamik tirus pada bodi akan tetapi lebih kepada untuk meyerlahkan gaya lebih sporty dan garang demi ingin menawan bagi memenuhi kehendak selera pengemar motosikal kapcai yang inginkan jentera  mereka kelihatan bergaya dan meyakinkan penampilan.

Malah persamaannya dapat dilihat dari terletaknya lampu-lampu yang diatur mengikut kesesuaian bodi terkini. RS150 dan Yamaha Y15 kedua-duanya meletakkan lampu hadapan pada badan hendal dan lampu signal di bahagian dada motosikal. Di bahagian belakang juga mempunyai kesamaan dalam meletakkan sumber pencahayaan ini, lampu brek utama disatu bahagian berasingan dengan lampu signal yang dipisahkan.

Ciri-ciri terkini


Bercakap tentang ciri-ciri atau fitur, tentu saja, sebagai produk jenama besar dari Jepun ini tidak mahu kalah antara satu sama lain. Lebih kurang kedua-duanya iaitu Honda RS150 dan Yamaha Y15 mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Tetapi tidak banyak ciri disematkan pada motosikal kapcai 150cc ini.

Pada Honda RS150 terbaru, Boon Siew Honda sebagai pengedar utama di Malaysia telah melancarkan ciri speedometer digital. Honda menggelarkan speedometer digital ini sebagai "Full Digital Panel Meter". Di bahagian depan malah Honda RS150 telah menggunakan lampu utama LED yang lebih efisien dan menjimatkan tenaga.

Perkara sama juga berlaku kepada Yamaha Y15. Yamaha telah menggunakan ciri digital penuh untuk speedometer. Tidak mahu ketinggalan, pada bahagian lampu kali ini telah menggunakan lampu LED supaya tidak kehilangan daya saing daripada Honda.

Suspensi dan roda


Membincangkan tentang suspensi dan roda kedua jentera ini Honda RS150 dan Yamaha Y15 mempunyai spesifikasi yang sama. Kedua-duanya menggunakan suspensi depan teleskopik. Di belakang pula mereka menggunakan suspensi monoshock.

Kedua-dua bahagian tayar mempunyai saiz tayar yang juga sama. Kedua-dua model ini menggunakan tayar berukuran 17 inci 90/80 di depan dan 17 inci 120/70 di belakang. Kedua-duanya juga mempunyai brek cakera bagi roda hadapan dan belakang belakang untuk memberikan tahap keselamatan berkualiti.

Enjin


Bercakap tentang enjin, Honda RS150 dijana enjin berkapasiti 149.16cc, 4-stroke, DOHC, 4 Valve. Enjin menggunakan sistem penyumbatan suntikan PGM-FI dengan transmisi 6 kelajuan. Enjin RS150 mampu menghasilkan 16.3 PS kuasa pada 9,000 rpm dan tork 14.2 Nm pada 6,500 rpm.

Sedangkan Yamaha Y15 digerakkan dengan enjin berkapasiti 150cc dan dibekalkan sistem penyejukan cecair, 4-lejang, SOHC. Enjin motosikal Yamaha ini menggunakan sistem suntikan pencucuhan digabungkan dengan transmisi 5 kelajuan. Gabungan enjin mampu menghasilkan 15.3 PS kuasa pada 8,500 rpm dan tork 13.8 Nm pada 7,000 rpm.

Harga


Bercakap tentang harga pastinya sangat berpengaruh terhadap pemilihan produk. Harga dikeluarkan oleh pengilangnya (harga dipaparkan adalah tanpa insurans) adalah bermula RM8,213.94 bagi Honda RS150 dan RM8,210.76 bagi Yamaha Y15. Kedua duanya harga adalah diambil dari model spesifikasi tertinggi kedua dua motorsikal bagi pasaran di Malaysia.

Kesimpulannya


Kedua-duanya mempunyai segmen sama dengan reka bentuk dan spesifikasi seakan serupa. Harga ditawarkan tidak jauh berbeza dari satu sama lain. Tetapi jika di atas kertas, enjin Honda RS150 dilihat lebih berkuasa daripada iaitu 1 PS berbanding dengan Yamaha Y15. Walaupun perbezaannya hanya 1 PS, ia tidak akan dirasai apabila ditunggang ketika membelah lebuh raya. Dengan bentuk lebih aerodinamik dan moden serta menggunakan sistem dan teknologi terbaru, kedua dua jentera ini sangat sesuai dan bergaya bagi sesiapa saja menunggangnya. Tanda harga yang diletakkan pada pasaran juga sangat sesuai dengan apa yang didapatkan.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel