MODENAS NINJA 250 ABS kembali ke pasaran tempatan 2022 - Rodahonda | Media Informasi Dunia Automotif

MODENAS NINJA 250 ABS kembali ke pasaran tempatan 2022

MODENAS NINJA 250 kembali ke pasaran tempatan 2022 - Kawasaki melalui pengedar barunya, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) secara rasmi telah kembali ke pasaran tempatan pada tahun 2022 dengan menghadirkan model Modenas Ninja 250, Modenas Ninja 250 ABS dan Modenas Z 250 ABS dari kategori jentera segmen sport bike dan naked bike. EMOS adalah Subsidiari dari syarikat motosikal dan enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas).

Harga ditawarkan dan pilihan warna

  • Modenas Ninja 250 (2022): “Metallic Carbon Grey” dan “Metallic Matte Graphite” - (RM18,900)
  • Modenas Ninja 250 ABS (2022): “Metallic Matte Graphite Grey” - (RM20,500)
  • Modenas Z250 ABS (2022): “Metallic Spark Black” - (RM19,500)

Harga Modenas Z250 2022


Untuk Ninja 250, model pemasangan tempatan (CKD) dilengkapi dengan enjin DOHC empat lejang dan dua silinder yang akan menjana kuasa 27.5 kW dan tork puncak 20Nm. Model ini diketengahkan dengan transmisi enam kelajuan, manakala kerangka adalah jenis trellis, fork teleskopik depan dan ayunan (belakang). Bagi model ABS Ninja 250 CKD, ia juga menggunakan enjin yang sama seperti Ninja 250 tetapi mempunyai ABS, lain pula bagi model Z250 ABS yang datang dengan gaya naked bike serta mempunyai ABS.

Ninja 250 ABS


Menerusi kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan, Modenas menginginkan syarikat ini untuk membawa penyelesaian yang lebih unik dan berpengalaman ke dalam pasaran automotif dua roda negara.

"Kami Modenas, berasa amat bangga untuk berkongsi objektif yang sama seperti Kawasaki untuk mengutamakan pelanggan kami yang mana membenarkan dan memastikan semua pelanggan kami menerima produk yang berpatutan, berkualiti tinggi dan berteknologi terkini". 

"Pesanan saya kepada semua bakal pembeli mahupun pemilik sedia ada, di bawah pengurusan Modenas, anda boleh mengharap terhadap tahap perkhidmatan pelanggan yang baik atau menjangkakan lebih dari itu.


Ninja 250 ABS


Ketiga model jentera terbaharu ini akan di jual dan diedarkan kepada wakil-wakil pengedar rasmi Kawasaki bermula pada 1 Ogos 2022.  

Penutup artikel ringkas dari rodahonda.com teruja ingin melihat sejauh mana peminat-peminat dunia permotoran Malaysia khasnya jenama terkemuka iaitu KAWASAKI akan menyambut baik dengan kembali model Ninja 250 ke pasaran tempatan dengan adanya penambahbaikan mengikuti kehendak semasa dan peredaran masa di tahun 2022 ini.

Ninja 250


Bagi pengunjung dan pembaca yang ingin mengetahui lebih lengkap berkenaan spesifikasi MODENAS NINJA 250, dibawah ada dilampirkan brosur rasmi:  


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel