Yamaha NMAX 155 2020 facelift akan dilancarkan - Rodahonda | Media Informasi Dunia Automotif

Yamaha NMAX 155 2020 facelift akan dilancarkan

Yamaha NMAX 155 2020


 NMAX Facelift
Yamaha NMAX 155 2020 Facelift

Dikhabarkan desas desus tentang kehadiran model Yamaha NMAX 155 2020 facelift akan dilancarkan di Malaysia pada Febuari tahun hadapan. Biarpun model ini telah terlebih dahulu diperkenalkan dinegara seberang iaitu Indonesia. Berkunjung kepada laman web rasmi YAMAHA INDONESIA, melihatkan ada beberapa pernambahbaikan teknologi ciri-ciri fitur terbaru bagi model NMAX 155 facelift 2020 ini. Tanpa belengah lagi mari kita lihat apa saja pembaharuan dan pernambahbaikan untuk model Yamaha NMAX 2020 ini jika dibandingkan dari model NMAX sebelumnya.

BLUE CORE & VVA


Nmax BLUE CORE Technology
Blue Core & VVA

NMAX 155 2020 didatangkan dengan teknologi Blue core dan VVA ini bertujuan untuk menjaga enjin supaya kekal lebih efektif dan efisien terhadap penggunaan bahan api. Kelebihan teknologi ini juga dapat memberi  kelancaran dalam tunggangan, disamping dapat memanjangkan jangka hayat enjin.

SMART MOTOR GENERATOR


Nmax SMART MOTOR
Smart Motor Generator

Teknologi SMG ini dapat mengurangkan pencemaran bunyi yang keluar dari ekzos NMAX 2020. Bunyi yang dihasilkan lebih halus dan lembut serta lebih mesra alam sekitar.

STOP & START SYSTEM


Nmax new STOP START SYSTEM
Stop & Start System

Fungsi bagi Stop and start system dapat menjimatkan penggunaan petrol. Kelebihan ini dirasakan ketika NMAX 2020 berhenti, keseluruhan enjin akan dimatikan kemudian hidup kembali ketika throttle dipulas bagi menggerakkan skuter ini.

ELECTRIC POWER SOCKET


Nmax ELECTRIC charge
Electric Power Socket

Seakan ciri fitur ini sudah perlu ada pada setiap kenderaan. Fitur ini dapat memberikan anda ketenangan tanpa kerisauan terhadap gadget yang kehabisan bateri. hanya gunakan soket USB tersedia untuk mengecas smartphone.

HANDLEBAR SWITCH CONTROL


Nmax HANDLEBAR SWITCH CONTROL
Handlebar Switch Control

Kini penunggang lebih mudah menukar atau memilih tampilan informasi dan aturan pada paparan meter speedometer. Kelebihan ini dapat memberi lebih fokus terhadap tunggangan tanpa perlu memberi lebih perhatian kepada paparan panel meter.

RELAX RIDING POSITION


Nmax RELAX RIDING POSITION
Relax Riding Position

Kelebihan ini dapat memberikan keselesaan yang maksimum kepada tunggangan, dimana penunggang dapat meletakkan posisi kaki sedikit ke depan atau kebelakang. Ruang tempat letak kaki lebih luas dan lebar sesuai untuk merehatkan kaki yang lenguh dari pelbagai posisi ketika menungggang dalam perjalanan jarak jauh mahupun dekat.

SUB-TANK SUSPENSION


Nmax SUB TANK SUSPENSION
Sub-Tank Suspension

Memberikan kelebihan terhadap keselesaan tunggangan apabila melalui jalan-jalan yang berliku atau kurang baik. Penyerap hentak atau suspensi berfungsi sangat baik didukung dengan ciri fitur Sub-Tank Suspension ini.

MAXI SEAT DESIGN


Nmax MAXI SEAT DESIGN
Maxi Seat Design

Tempat duduk kini lebih selesa luas dan lebar, sesuai bagi anda yang sedikit bersaiz tubuh besar juga bagi tunggangan perjalanan jarak jauh. Selain terlihat sepeti jentera berkelas premium seakan skuter berkelas Maxi.

LED HEAD & TAIL LIGHT


Nmax LED HEAD TAIL LIGHT
Led Head & Tail Light

Reka bentuk lampu hadapan dan belakang masih mengekalkan DNA NMAX sebelumnya, serta menggunakan teknologi wajib bagi jentera zaman sekarang iaitu LED. Memberikan kelebihan pancaran cahaya agar lebih terang, menjimatkan tenaga dan tahan lama.

HAZARD LAMP


Nmax HAZARD LAMP
Hazard Lamp

Ini adalah kelebihan yang tidak kurang pentingnya dari segi keselamatan. Adalah disarankan menggunakan fitur keselamatan ini pada waktu kurang pencahayaaan atau berkabus. Memberikan kesedaran kepada kenderaan sekeliling ketika keadaan sekitar mempunyai penglihatan terhad.

MULTIFUNCTION BIG LUGGAGE


Nmax MULTIFUNCTION BIG LUGGAGE
Multifuction Big Luggage

Mempunyai ruang tempat menyimpan barang di bawah tempat duduk yang luas dan besar. Sesuai untuk menyimpan topi keledar, baju hujan dan barang-barang peribadi.

MULTIFUNCTION FULL DIGITAL SPEEDOMETER


Nmax DIGITAL SPEEDOMETER
Multifunction Full Digital Speedometer

Ciri-ciri ini memberikan penunggang lebih informasi berkenaan jentera NMAX 155, dilengkapi indikator Y-Connect (Yamaha Motorcycle Connect) Apps, massage & Telefon, VVA dan suhu kepanasan enjin.

MAXI STYLE DESIGN


Nmax MAXI STYLE DESIGN
Maxi Style Design

Menerapkan konsep bodi rupa rekabentuk yang masih mengekalkan DNA MAX siri selain kelihatan premium membuai rasa keyakinan yang tinggi ketika menunggang.

MAXI SIGNATURE COLOR


Nmax MAXI SIGNATURE COLOR
Maxi Signature Color

Hadir dengan kombinasi warna hitam flat dengan sentuhan kemasan warna emas kelihatan menonjol konsep elegan dan mewah.

Kesimpulan kepada pengenalan model Yamaha NMAX 155 2020 facelift di Indonesia memperlihatkan perubahan dan pernambahbaikan yang tidaklah begitu signifikan atau besar. Secara keseluruhannya NMAX 2020 masih mengekalkan rupa rekabentuk NMAX terdahulu. Pada sudut harga, YAMAHA NMAX 2020 diperkenalkan sekitar harga 36.5 Juta Rupiah  bersamaan RM10,795. Semoga artikel ini dapat memberikan anda sedikit informasi terhadap NMAX 155 2020 yang akan dilancarkan pada tahun 2020 dipasaran Malaysia nanti.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel