Triton Knight Limited Edition 2020 harga RM137,900 - Rodahonda | Media Informasi Dunia Automotif

Triton Knight Limited Edition 2020 harga RM137,900

Mitsubishi Triton Knight Limited Edition


Triton Knight Limited Edition
Mitsubishi Triton Knight 2020

Mitsubishi Triton Knight Limited Edition 2020 pada harga RM 137,900 hanya 120 unit sahaja akan dikeluarkan oleh Mitsubishi Motors Malaysia. Model trak pikap edisi terhad ini adalah legasi dari model popular triton sedia ada. Apabila gelaran limited edition diletakkan pada sesebuah varian, tentu sahaja trak ini dikeluarkan dengan jumlah unit terhad bagi memberikan keistimewaan ekslusif kepada pemiliknya selain mempunyai nilai strategi pasaran bagi pengeluar kenderaan itu sendiri.

Triton Knight dilihat hampir mirip dengan varian terdahulu iaitu Triton Adventure X versi yang dipertingkatkan juga menerapkan konsep sporty dan agresif, pembaharuan pada Knight ini diberikan penekanan lebih kepada tambahan aksesori serta rupa design dan kemasan terkini agar kelihatan lebih segar. Bagi melihat apa saja penambahbaikan yang dilakukan pada varian Triton Knight 2020 terbaru ini, berikut adalah beberapa senarai ciri tambahan unik.

Triton Knight Limited Edition Grill
Front Bumper Grill

Bumper beserta grill hadapan dengan kemasan kelabu disamping pelindung hud, memaparkan rupa yang lebih ranggi dan garang.

Triton Knight Limited Edition Protector
Hood Protector

Strip pelekat bodi dengan design baru memberikan nilai sporty dan ekslusif

Triton Knight Limited Edition Stripes Sticker
Body Stripe Sticker

Alas kaki dalam kabin disulam jahitan benang merah di keseluruhan tepi, tersemat lambang Knight ditengah.

Triton Knight Limited Edition Mat
Red Stitching Carpet

Visor pelindung tingkap

Triton Knight Limited Edition Visor
Side Window Deflector

Pemijak kaki sisi

Triton Knight Limited Edition Plate
Scuff Plate

Selain itu seperti juga versi Adventure X, Triton Knight didatangkan dengan ciri fitur sama iaitu monitor skrin sesentuh sebesar tujuh inci lengkap bersama sistem infotainment sokongan CarPlay dan Android Auto. Tersedia pemantau keliling kamera 360ยบ bagi memudahkan jentera dikendalikan ketika sedang ingin masuk atau keluar dari tempat pakir.

Tidak ketinggalan, Triton Knight edisi terhad ini juga didatangkan DVR alat perakam video digital berfungsi sebagai dashcam untuk merakam pandangan depan situasi pemanduan.

Triton Knight Limited Edition Infotainment
Features

Tidak cukup dengan itu, dihadirkan juga lampu hadapan utama berteknologi projector bi-LED termasuk DRL LED.

Dibahagian belakang pula dapat dilihat flying sport bar menjalar disisi kiri dan kanan atas ruang kargo terbuka bagi menonjolkan sebuah kenderaan pikup yang sporty dan agresif.

Dari segi prestasi kuasa sedikit informasi untuk dikongsikan bersama, Triton Knight diperkasakan dengan enjin berkapasiti 2.4L MIVEC Turbodiesel mampu menghasilkan 179Hp pada 3,500Rpm dan tork 430Nm dipadankan transmisi automatik 6 kelajuan.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel