Proton X70 2020 harga model CKD pemasangan tempatan - Rodahonda | Media Informasi Dunia Automotif

Proton X70 2020 harga model CKD pemasangan tempatan

Proton X70 2020 CKD


proton-x70-2020-ckd
Proton X70 CKD

Proton X70 2020 harga model CKD pemasangan tempatan - Genap satu tahun telah dilancarkan di pasaran tempatan dengan model import (CBU), Proton X70 rasmi akan diproduksi bagi pemasangan tempatan (CKD) di kilang baharu Proton yang terletak di Tanjung Malim, Perak. Sebelumnya Proton X70 telah dinobatkan sebagai pemenang kereta terbaik keseluruhan 2019 di Anugerah Kereta Tahunan Malaysia ke 18.

Sejak diperkenalkan pada 12 Disember 2018 Proton telah memberi komitmen terhadap rancangan untuk memulakan pemasangan tempatan bagi SUV premium segmen C terlaris Malaysia ini. Proton X70 CKD pertama akan dihasilkan di kilang yang dibina dengan kos menelan belanja kira- kira RM1.2 bilion, menjadi satu pencapaian dalam masa yang singkat. Pada masa sama, PROTON juga bekerjasama dengan vendor dari dalam dan luar negara untuk memastikan segala bekalan komponen atau bahagian yang diperlukan mencukupi apabila proses pemasangan tempatan SUV pertama bermula.


Harga Proton X70 CKD


Varian yang ditawarkan bagi X70 CKD bermula dari Standard 2WD (RM94,800), Executive 2WD (RM106,800), Premium 2WD (RM119,800) dan varian tertingginya adalah Premium X 2WD (RM122,800), tiada lagi versi Executive AWD yang telah keluarkan dari pilihan varian. Dapat dilihat tiada perubahan signifikan dari sudut rupa reka bentuk design X70 jika dibandingkan dengan model sebelumnya iaitu CBU dari China.

*Harga dipaparkan adalah tanpa insuran

Selain itu SUV bertaraf (EEV) kenderaan cekap tenaga beserta ASEAN NCAP ini didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had kilometer.

Sedikit informasi berkenaan beberapa pembaharuan dilakukan kepada Proton X70 2020 CKD adalah:


  • Menggunakan sistem baharu (DCT) transimisi klac berkembar 7 kelajuan
  • Logo pada gril depan yang berbentuk bulat
  • Fungsi untuk membuka but belakang berkuasa elektronik


Terdapat enam pilihan warna:


  • Snow White
  • Armour Silver
  • Jet Grey
  • Ruby Red
  • Cinnamon Brown 
  • Space Grey (Warna baharu)


Proton X70 2020 masih diperkasakan dengan enjin 1.8 TGDi dapat menghasilkan 182Hp pada 5,500Rpm mencapai tork puncak 300Nm pada 1,700Rpm meningkat dari angka tork model CBU sebelumnya iaitu 285Nm/1,700-4,400Rpm. Jumlah tork yang meningkat adalah disebabkan oleh pemadanan transimisi dengan teknologi (DCT) 7 kelajuan serta sokongan tiga pilihan karakter atau mod pemanduan normal, eco dan sport

Informasi lengkap senarai harga dan brosur:






Brosur Proton X70 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel